Monday, 10 February 2014

CINTA INFINITI








CINTA INFINITI..
Ya Allah.
Hanya kepada mu aku berlindung diri.
Hanya kepada Engkau…  
Ya Allah
aku pinta dijauhkan daripada segala bisa memesongkan aku daripada-Mu,
Ya Allah.
Batasi segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!
Batasi Ya Allah!!
Disaat mata-mata sedang lena mengalun mimpi, kau hiasi malam yang sunyi ini dengan bintang-bintang yang berkelipan indah!!
Sangat indah!!
Sang bulan bercahaya menjelma indah di suatu sudut memberi sedikit sinar menerangi gelapnya gempita.
Tuhanku!
Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.
Di saat sekalian manusia tidur dengan lenanya.. lalai dibuai mimpi nan indah.. aku hanya duduk terpaku. Memikirkan saat-saat malam yang akan pergi dan siang pula yang bakal mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia? “Wahai Tuhanku! ataupun Engkau akan menolaknya maka aku dihukum rasa kehinaan..
“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”




Saban hari aku melihat bergitu ramai sekali pasangan-pasangan dilamun percintaan. Setiap detik yang berlalu dirasakan tersangat bahagia. Perasaan yang mekar ini terasa seolah-olah tiada yang dapat menghalangnya. 24 jam yang dilalui terasa bergitu pantas menembusi. Hati yang sentiasa berdebar menanti hari esok yang mendatang.  Tetapi ia hanyalah mimpi semalam. Tidak semua yang kita idamkan bakal menjadi kenyataan.. memang benar!! Bunga yang hari ini ku jaga mekar,akhirnya layu dan terkulai mati. Memang benar!! Ia hanyalah sementara.. suatu saat ia akan pergi.. dan bergitulah kitarannya..
Dahulu ku rasakan bahawa perasaan ku ini adalah cinta agung.. cinta yang tiada penghujungnya.. tiada metafora yang dapat mentafsirkannya.. di suatu sudut ku merasakan bahawa tiada lagi perasaan yang setaraf rasa cinta ku ini.
SALAH!!
AKU SALAH!!
Hari ini aku sedar bahawa cinta yang sebenar adalah pada cinta padaNYa..
Cinta agung inilah yg dapat memberikan jaminan kebahagiaan dan keselamatan hidup dunia juga akhirat. Iya!! Aku akui!!  Semula jadi seorang manusia ingin disayangi dan menyayangi, ingin dikasihi dan mengasihi serta ingin dicintai dan mencintai. Perasaan sayang manusia ini sememangnya tiada terhad .
YA..
Tiada salah andai ku berikan rasa cinta ini buat manusia..
 buat maklukNYA!!
 tetapi cinta paling agung hanya layak ku berikan buat Tuhanku.
hanya pada mu YA ALLAH

Aku sedar!!

Mencintai atau ingin dicintai oleh manusia bukanlah kemuncak cinta atau cinta agung. kerana cinta sesama manusia tidak kekal selamanya. Suatu saat ia akan berakhir.

Sebaliknya berilah dan terimalah cinta yang akan kekal abadi. Maka itulah yang dikatakan cinta agung. cintakan Allah yang Maha Agung. Cinta yang hakiki, yang sejati, yang kekal abadi dan membawa kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di Akhirat.



Duhai hati.. jangan kau tangisi bila dikau tidak memiliki cinta daripada manusia.

Usahlah dikau bersedih hati kerana cinta itu buka yang abadi.
Cari dan burulah cinta yang agung,
Cari dan burulah  cinta yang abadi,
iaitu Allah. Dia yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Inilah cinta Hakiki..
Inilah cinta yg Abadi..
Cinta yang tiada penghujungnya

Cinta Infiniti..



Wednesday, 29 January 2014

Aku dan Masa Lapang





Alhamdulilah.. cuti datang lagi!! haa.  Apa tunggu lagi.  
 jom balik rumah!! Hehe. 


                                              hop hop hoorayy!!! yeah.. cuti2.

wah gembira betul ya adik abang ni. maklumlah dah lama x cuti kan.. owh ya..suka2 juga. adik abang dah rancang belum jadual masa cuti nnti?? haa.. x kan nak duduk rumah dan tidur je kan??



           erm.. perlu rancang ke bang?? kan cuti.. so kita duduk rumah jelah.. rehat2 kan badan. hehe





ish2. x boleh lah macam tu.. memang benar cuti ini adalah waktu untuk kita berehat.. tetapi kan membazir kalau cuti itu hanya kita gunakan untuk tidur dan terperap di rumah. banyak perkara yang boleh kita buat semasa bercuti. jadi rancanglah cuti kita dengan baik.. buat checklist ataupun jadual apa yang kita nak lakukan atau kita nak capai semasa cuti nnti.. barulah cuti kita terasa terisi dan bermanfaat..






           heheh... ok sekarang saya dah faham. hop ..hop.. 
kena buat jadual ni hehe!!


 yap. bagus2.. semangat inilah yang abang nak tgk.. manfaatkan masa lapang kita sebaik mungkin.. gunakan ia untuk kita memperbaiki kelemahan diri kita dan menambahbaik kekuatan yang kita ada.. masa cuti ini juga adalah masa yang sangat baik untuk kita muhasabah diri akan apa yang telah kita lalui sepanjang detik2 yang lepas. 

dan semoga cuti ini merapatkan lagi hubungan kita dengan ALLAH dan hubungan kita dengan ahli keluarga.. jangan tinggalkan solat dan lazimkan diri membaca AL QURAN.. kalau ada masa lapang, kita topup lagi dengan amalan sunat.. haa.. baru mantop..

dan juga bila dah kat rumah nnti dengarlah kata mama dan papa ya..  jadi anak yang soleh dan jangan pula bergaduh dengan adik-beradik yang lain. hehe..



akhir kata..jom kita manfaatkan masa lapang kita dengan perkara yang berfaedah.. mudah-mudahan cuti kita ini menjadikan hambaNYA yang beriman..





Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

1.Demi masa
2.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
3.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.




 Semua manusia dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman teguh dan beramal soleh, serta suka nasihat menasihati tentang kebenaran serta kesabaran. Orang yang soleh sentiasa menjaga baik hubungan sesama manusia serta hubungan dengan Allah swt. Masa yang berlalu diisi dengan perkara yang berfaedah tanpa membazirkan perkara dengan perbuatan yang sia-sia. Pendek kata sentiasa mengikuti apa yang diperintahkan olehNya dan meninggalkan apa yang dilarang olehNya.



Mari Mengejar Keredhaan Allah!!!!!














Friday, 30 August 2013

bebas jangan sampai terbabas






Sedar tidak sedar seminggu sahaja lagi aku akan kembali menyambung pengajianku di kejuruteraan mekanikal dan pembuatan buat tahun yang ketiga.. bergitu besar nikmat yg ALLAH kurniakan kepada diri ini.. alhamdulilah.. entri kali ini inshaALLAH adalah berkenaan dengan kemerdekaan.. kemerdekaan yang membawa kebebasan. 

Kebebasan adalah suatu nikmat  kurniaan Allah yang bukan semua manusia dapat merasainya. Berapa ramai manusia yang mendiami dunia ini semenjak daripada dahulu hinggalah sekarang, tidak berhenti-henti bejuang memperjuangkan agar kebebasan diberikan kepada mereka. Alhamdulilah syukur ke hadrat illahi, Malaysia hari ini menyambut ulang tahun kemerdekaan sebagai tanda bebasnya tanah melayu ini dari cengkaman bangsa asing.. Tetapi hingga hari ini, masih ramai dikalangan kita khususnya warga muda yang masih belum kenal erti  kemerdekaan walaupun telah mencapainya lebih 50tahun yang terdahulu. Kehidupan mereka zahir dan batin terbelenggu dalam penjajahan. Meskipun  penjajahan daripada british dan juga jepun telah lama berakhir, tetapi  pemikiran  dan cara hidup kita masih lagi dijajah dengan sekularisme  dan hindonisme dari mereka.

Walaupun dikatakan negara  kita Malaysia telah mencapai  lebih 50 tahun kebebasan, sehingga kini kita dapat melihat penjajahan minda masih berterusan dan dominan dalam pemikiran anak-anak muda. Tidak hairanlah kalau kita melihat anak-anak muda berpeluk, bercium ditempat-tempat terbuka dan khalayak ramai, berpesta dengan minuman keras dan bercampur antara lelaki dan perempuan, samseng jalanan dan sebagainya.  Disamping gejala anak muda yang masih di bangku sekolah yang bergitu mentah, tetapi sudah terdedah meluas dengan dunia hiburan dan gaya hidup barat..



Apakah ini yang anda katakan “kebebasan” atau “kemerdekaan” ? Kemerdekaan yang boleh merosakkan diri, agama, masyarakat dan negara. Kita bebas melakukan kejahilan.. kita juga bebas melakukan jenayah dan penganiyaan. 31 Ogos setiap tahun pasti akan berlaku masalah social seperti melepak, berjoget di sana sini sehingga mabuk sehingga membawa kepada maksiat penzinaan..
Adakah ini erti kemerdekaan yang kita mahukan.. apakah kita mahu anak-anak bangsa kita terus jauh menyimpang dari jalan yang sebenar dalam kebebesan yang mereka pilih..

Justeru itu, kemerdekaan dan kebebasan  yang sebenar ialah membebaskan jasad dan material daripada penjajahan manusia dan membebaskan akal fikiran serta mentaliti daripada dibelenggu oleh anasir yang bercanggah dengan Islam.


Budak kecik makan choki2
-"Kekalnya bangsa kerana mulianya akhlak, runtuhnya bangsa kerana runtuhnya akhlak"

Friday, 23 August 2013

menjadi hamba yang bersyukur



Firman Allah :

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu , supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).  
(Al-Baqarah : 152)


Ya Allah..Alhamdulilah. Aku bersyukur ya Allah.. aku redha ya Allah… ini antara perkataan-perkataan yang sangat mudah disebut malah hampir setiap hari kita melafazkanya, tapi untuk dipraktikkan tidak semudah lidah menyebutnya... 
Kenapa saya kata 'susah' nak belajar bersyukur? 


          Teringat satu quote dari sebuah lagu raihan yang sangat saya minati
“apa yang ada jarang disyukuri, apa yang tiada sering dirisaukan”

apabila kita dikelilingi oleh orang-orang yang kita rasakan lebih 'senang' daripada kita maka dengan mudahny hati kita sering merasakan kitalah orang yang paling 'susah' dalam dunia.


Kita  ini  manusia yang sememangnya sering lupa untuk bersyukur. Kebanyakan dari kita apabila dikurniakan sedikit sahaja nikmat, mula  menjadi asyik dan leka, menjadi alpa dan lagha malahan menjadi takabbur lantaran rasa seronok dan gembira dengan nikmat dunia yang sementara.

Namun apabila nikmat itu Allah tarik sedikit.. mulalah hati menjadi resah, jiwa menjadi tidak tentu arah bahkan semangat menjadi luntur dan lemah.. di situ barulah mula mencari sejadah, menadah tangan memohon pertolongan..



kita tidak mengerti bahawa nikmat yang  Allah diberikannya itu menjadi ujian buat kita. Ujian untuk menguji kita apakah semakin bersyukur atau semakin kufur? Semakin taat kepada perintahnya atau semakin takabbur?



Ayuh kita menjadi hambaNYA bersyukur!!!!


“Dan Dia telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan kepadaNya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).” (Ibrahim:32-34)




syukur di hati tidak semudah melafazkannya di lidah
-kerna manisnya sebatang choki2-