Sedar tidak
sedar seminggu sahaja lagi aku akan kembali menyambung pengajianku di
kejuruteraan mekanikal dan pembuatan buat tahun yang ketiga.. bergitu besar
nikmat yg ALLAH kurniakan kepada diri ini.. alhamdulilah.. entri kali ini
inshaALLAH adalah berkenaan dengan kemerdekaan.. kemerdekaan yang membawa kebebasan.
Kebebasan adalah suatu nikmat kurniaan Allah yang bukan semua manusia dapat
merasainya. Berapa ramai manusia yang mendiami dunia ini semenjak daripada
dahulu hinggalah sekarang, tidak berhenti-henti bejuang memperjuangkan agar
kebebasan diberikan kepada mereka. Alhamdulilah syukur ke hadrat illahi, Malaysia
hari ini menyambut ulang tahun kemerdekaan sebagai tanda bebasnya tanah melayu
ini dari cengkaman bangsa asing.. Tetapi hingga hari ini, masih ramai
dikalangan kita khususnya warga muda yang masih belum kenal erti kemerdekaan walaupun telah mencapainya lebih
50tahun yang terdahulu. Kehidupan mereka zahir dan batin terbelenggu dalam
penjajahan. Meskipun penjajahan daripada
british dan juga jepun telah lama berakhir, tetapi pemikiran dan cara hidup kita masih lagi dijajah dengan
sekularisme dan hindonisme dari mereka.
Walaupun
dikatakan negara kita Malaysia telah
mencapai lebih 50 tahun kebebasan,
sehingga kini kita dapat melihat penjajahan minda masih berterusan dan dominan
dalam pemikiran anak-anak muda. Tidak hairanlah kalau kita melihat anak-anak
muda berpeluk, bercium ditempat-tempat terbuka dan khalayak ramai, berpesta
dengan minuman keras dan bercampur antara lelaki dan perempuan, samseng jalanan
dan sebagainya. Disamping gejala anak
muda yang masih di bangku sekolah yang bergitu mentah, tetapi sudah terdedah meluas
dengan dunia hiburan dan gaya hidup barat..
Apakah ini
yang anda katakan “kebebasan” atau “kemerdekaan” ? Kemerdekaan yang boleh
merosakkan diri, agama, masyarakat dan negara. Kita bebas melakukan kejahilan..
kita juga bebas melakukan jenayah dan penganiyaan. 31 Ogos setiap tahun pasti
akan berlaku masalah social seperti melepak, berjoget di sana sini sehingga
mabuk sehingga membawa kepada maksiat penzinaan..
Adakah ini
erti kemerdekaan yang kita mahukan.. apakah kita mahu anak-anak bangsa kita
terus jauh menyimpang dari jalan yang sebenar dalam kebebesan yang mereka
pilih..
Justeru
itu, kemerdekaan dan kebebasan yang
sebenar ialah membebaskan jasad dan material daripada penjajahan manusia dan membebaskan akal fikiran serta
mentaliti daripada dibelenggu oleh anasir yang bercanggah dengan Islam.
Budak kecik
makan choki2
-"Kekalnya
bangsa kerana mulianya akhlak, runtuhnya bangsa kerana runtuhnya akhlak"
kebebasan yang jarang kita syukuri.. terima kasih
ReplyDeletesama-sama
ReplyDelete