Friday, 30 August 2013

bebas jangan sampai terbabas






Sedar tidak sedar seminggu sahaja lagi aku akan kembali menyambung pengajianku di kejuruteraan mekanikal dan pembuatan buat tahun yang ketiga.. bergitu besar nikmat yg ALLAH kurniakan kepada diri ini.. alhamdulilah.. entri kali ini inshaALLAH adalah berkenaan dengan kemerdekaan.. kemerdekaan yang membawa kebebasan. 

Kebebasan adalah suatu nikmat  kurniaan Allah yang bukan semua manusia dapat merasainya. Berapa ramai manusia yang mendiami dunia ini semenjak daripada dahulu hinggalah sekarang, tidak berhenti-henti bejuang memperjuangkan agar kebebasan diberikan kepada mereka. Alhamdulilah syukur ke hadrat illahi, Malaysia hari ini menyambut ulang tahun kemerdekaan sebagai tanda bebasnya tanah melayu ini dari cengkaman bangsa asing.. Tetapi hingga hari ini, masih ramai dikalangan kita khususnya warga muda yang masih belum kenal erti  kemerdekaan walaupun telah mencapainya lebih 50tahun yang terdahulu. Kehidupan mereka zahir dan batin terbelenggu dalam penjajahan. Meskipun  penjajahan daripada british dan juga jepun telah lama berakhir, tetapi  pemikiran  dan cara hidup kita masih lagi dijajah dengan sekularisme  dan hindonisme dari mereka.

Walaupun dikatakan negara  kita Malaysia telah mencapai  lebih 50 tahun kebebasan, sehingga kini kita dapat melihat penjajahan minda masih berterusan dan dominan dalam pemikiran anak-anak muda. Tidak hairanlah kalau kita melihat anak-anak muda berpeluk, bercium ditempat-tempat terbuka dan khalayak ramai, berpesta dengan minuman keras dan bercampur antara lelaki dan perempuan, samseng jalanan dan sebagainya.  Disamping gejala anak muda yang masih di bangku sekolah yang bergitu mentah, tetapi sudah terdedah meluas dengan dunia hiburan dan gaya hidup barat..



Apakah ini yang anda katakan “kebebasan” atau “kemerdekaan” ? Kemerdekaan yang boleh merosakkan diri, agama, masyarakat dan negara. Kita bebas melakukan kejahilan.. kita juga bebas melakukan jenayah dan penganiyaan. 31 Ogos setiap tahun pasti akan berlaku masalah social seperti melepak, berjoget di sana sini sehingga mabuk sehingga membawa kepada maksiat penzinaan..
Adakah ini erti kemerdekaan yang kita mahukan.. apakah kita mahu anak-anak bangsa kita terus jauh menyimpang dari jalan yang sebenar dalam kebebesan yang mereka pilih..

Justeru itu, kemerdekaan dan kebebasan  yang sebenar ialah membebaskan jasad dan material daripada penjajahan manusia dan membebaskan akal fikiran serta mentaliti daripada dibelenggu oleh anasir yang bercanggah dengan Islam.


Budak kecik makan choki2
-"Kekalnya bangsa kerana mulianya akhlak, runtuhnya bangsa kerana runtuhnya akhlak"

2 comments: