Friday, 30 August 2013

bebas jangan sampai terbabas






Sedar tidak sedar seminggu sahaja lagi aku akan kembali menyambung pengajianku di kejuruteraan mekanikal dan pembuatan buat tahun yang ketiga.. bergitu besar nikmat yg ALLAH kurniakan kepada diri ini.. alhamdulilah.. entri kali ini inshaALLAH adalah berkenaan dengan kemerdekaan.. kemerdekaan yang membawa kebebasan. 

Kebebasan adalah suatu nikmat  kurniaan Allah yang bukan semua manusia dapat merasainya. Berapa ramai manusia yang mendiami dunia ini semenjak daripada dahulu hinggalah sekarang, tidak berhenti-henti bejuang memperjuangkan agar kebebasan diberikan kepada mereka. Alhamdulilah syukur ke hadrat illahi, Malaysia hari ini menyambut ulang tahun kemerdekaan sebagai tanda bebasnya tanah melayu ini dari cengkaman bangsa asing.. Tetapi hingga hari ini, masih ramai dikalangan kita khususnya warga muda yang masih belum kenal erti  kemerdekaan walaupun telah mencapainya lebih 50tahun yang terdahulu. Kehidupan mereka zahir dan batin terbelenggu dalam penjajahan. Meskipun  penjajahan daripada british dan juga jepun telah lama berakhir, tetapi  pemikiran  dan cara hidup kita masih lagi dijajah dengan sekularisme  dan hindonisme dari mereka.

Walaupun dikatakan negara  kita Malaysia telah mencapai  lebih 50 tahun kebebasan, sehingga kini kita dapat melihat penjajahan minda masih berterusan dan dominan dalam pemikiran anak-anak muda. Tidak hairanlah kalau kita melihat anak-anak muda berpeluk, bercium ditempat-tempat terbuka dan khalayak ramai, berpesta dengan minuman keras dan bercampur antara lelaki dan perempuan, samseng jalanan dan sebagainya.  Disamping gejala anak muda yang masih di bangku sekolah yang bergitu mentah, tetapi sudah terdedah meluas dengan dunia hiburan dan gaya hidup barat..



Apakah ini yang anda katakan “kebebasan” atau “kemerdekaan” ? Kemerdekaan yang boleh merosakkan diri, agama, masyarakat dan negara. Kita bebas melakukan kejahilan.. kita juga bebas melakukan jenayah dan penganiyaan. 31 Ogos setiap tahun pasti akan berlaku masalah social seperti melepak, berjoget di sana sini sehingga mabuk sehingga membawa kepada maksiat penzinaan..
Adakah ini erti kemerdekaan yang kita mahukan.. apakah kita mahu anak-anak bangsa kita terus jauh menyimpang dari jalan yang sebenar dalam kebebesan yang mereka pilih..

Justeru itu, kemerdekaan dan kebebasan  yang sebenar ialah membebaskan jasad dan material daripada penjajahan manusia dan membebaskan akal fikiran serta mentaliti daripada dibelenggu oleh anasir yang bercanggah dengan Islam.


Budak kecik makan choki2
-"Kekalnya bangsa kerana mulianya akhlak, runtuhnya bangsa kerana runtuhnya akhlak"

Friday, 23 August 2013

menjadi hamba yang bersyukur



Firman Allah :

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu , supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).  
(Al-Baqarah : 152)


Ya Allah..Alhamdulilah. Aku bersyukur ya Allah.. aku redha ya Allah… ini antara perkataan-perkataan yang sangat mudah disebut malah hampir setiap hari kita melafazkanya, tapi untuk dipraktikkan tidak semudah lidah menyebutnya... 
Kenapa saya kata 'susah' nak belajar bersyukur? 


          Teringat satu quote dari sebuah lagu raihan yang sangat saya minati
“apa yang ada jarang disyukuri, apa yang tiada sering dirisaukan”

apabila kita dikelilingi oleh orang-orang yang kita rasakan lebih 'senang' daripada kita maka dengan mudahny hati kita sering merasakan kitalah orang yang paling 'susah' dalam dunia.


Kita  ini  manusia yang sememangnya sering lupa untuk bersyukur. Kebanyakan dari kita apabila dikurniakan sedikit sahaja nikmat, mula  menjadi asyik dan leka, menjadi alpa dan lagha malahan menjadi takabbur lantaran rasa seronok dan gembira dengan nikmat dunia yang sementara.

Namun apabila nikmat itu Allah tarik sedikit.. mulalah hati menjadi resah, jiwa menjadi tidak tentu arah bahkan semangat menjadi luntur dan lemah.. di situ barulah mula mencari sejadah, menadah tangan memohon pertolongan..



kita tidak mengerti bahawa nikmat yang  Allah diberikannya itu menjadi ujian buat kita. Ujian untuk menguji kita apakah semakin bersyukur atau semakin kufur? Semakin taat kepada perintahnya atau semakin takabbur?



Ayuh kita menjadi hambaNYA bersyukur!!!!


“Dan Dia telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan kepadaNya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).” (Ibrahim:32-34)




syukur di hati tidak semudah melafazkannya di lidah
-kerna manisnya sebatang choki2-