Saturday, 22 December 2012

Aku Dia & Kamera



 Aku Dia & Kamera




 Alhamdulillah..  hari demi hari berlalu.. bergitu banyak sekali limpah kurnia nikmat yang ALLAH berikan kepada kita selaku hambanya yang lemah dan tiada upaya..
Seperti  langit di petang hari, adakalanya  kelihatan cerah namun adakalanya mendung gelita menandakan hujan yang bakal jatuh..  Suatu ketika kita merasakan bahawa  kitalah yang paling hebat di nusantara ini, namun ada kalanya kita merasakan bahawa kitalah yang paling lemah upaya tiada berguna..
Kita selalu mendengar ungkapan manusia bahawa hidup ini ibarat roda, terkadang kita di atas dan terkadang juga kita di bawah. Perihal ini mengajar kita agar sentiasa tabah dan sabar menempuh litar kehidupan yang tiada pasti dimana penghujungnya. Sebagai manusia adalah suatu norma untuk kita berasa sedih akan kegagalan yang kita hadapi. Sudah pasti setiap antara kita sentiasa mengidamkan kehidupan yang sentiasa  gembira dan kesenangan berlangsungan yang dirasakan sangat membahagiakan.. namun mimpi itu hanyalah angan di petang hari. Mana mungkin seorang nelayan di laut sana akan pulang dengan tangkapan yang sama banyaknya dengan sebelumnya.. mungkin lebih banyak dan juga mungkin sebaliknya.. Menjalani kehidupan yang bergitu banyak likunya…






Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.
(Surah al-Anbiya' - ayat 35)







Terkadang kita sering mempertikaikan perihal hidup kita.. adakalanya kita merasakan mengapa Allah bergitu kejam menghukum kita. Nikmat yang kita rasakan bergitu jauh sekali dari segenap penjuru tubuh.. Keluhan2  yang acap kali kita ucapkan.. lidah yang tiada henti mempertikaikan..

Ya Allah mengapa ini ujian bagiku!
Ya Allah aku tidak sanggup lagi! 




wahai hatiku....



Bersabar!
Bersabar!
Bersabar!

Bersabarlah wahai hati… bersabarlah… sesungguhnya ini adalah yang terbaik… kegagalan ini adalah kegagalan yang terbaik buat mu untuk ketika ini!! Kesusahan ini adalah kesusahan yang terbaik buat mu untuk ketika ini! Kepayahan ini adalah kepayahan yang terbaik buat mu untuk ketika ini! Maka inilah NIKMAT!!!!! Inilah nikmat buat dirimu pada tika ini!


Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar
: (Surah al-Baqarah - ayat 155)

Sabda Rasulullah SAW:

Alangkah hebatnya kehidupan seorang mukmin. Seluruh hidupnya adalah ganjaran kebaikan. Sekiranya dirinya memperolehi nikmat, dia bersyukur lalu ia menjadi kebaikan untuk dirinya. Sekiranya dirinya ditimpa musibah, dia bersabar lalu ia menjadi kebaikan untuknya.
(Hadith riwayat Muslim)




Sebagai hamba, haruslah kita sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan  bersabar dengan setiap musibah yang melanda.. Allah sentiasa ada bersama kita. .Tidak pernah sedetik masa Allah terlepas pandang akan hambanya.. segalanya yang telah ditentukan itu pasti ada hikmahnya..
Ayuh jadi hambanya yang besyukur!
Usah mengeluh lagi!
Kerna Allah sentiasa ada melihat kita!!


Aku,Dia dan Kamera




psst.. adik comel x dapat join edisi kali ini sebab kurang  sihat.. 
musibah sakit. 
eh!!!!! bukan!!!
nikmat sakit!

No comments:

Post a Comment