Tuesday, 25 December 2012

Exam datang lagi!!



Alhamdulilah.. sesaat demi sesaat berlalu.. sedar tidak sedar masa semakin  dan semakin hampir untuk  saya meghabiskan saki baki semesta yang ketiga sebagai seorang pelajar ijazah sarjana muda kejuruteraan mekanikal dan pembuatan.. sudah pasti pada saat dan minit ini, semua pelajar bergitu fokus menelaah pelajaran dan membuat nota2 ringkas untuk dibaca buat kali terakhir sebelum kaki melangkah ke dalam dewan peperiksaan..












 Oleh sebab majority daripada kita akan menghadapi medan peperiksaan yang  menyusahkan  menguji minda dan fikiran malah mengujakan, jadi edisi kali ini abang nak kongsikan serba sedikit tentang BERKAT.. Haaaaaa.. adik abg tahu apa itu berkat







Erm…. Berkat tu macam apa yang kita buat tu diterimalah kan bang?? Macam yang abang cakap time edisi Kerna Manisnya CHoki2 edisi Puasa dan Ikhlas.. hehe.. lau kita ikhlas maka apa yang kita buat tu mendapat keberkatan dari ALLAH.. tapi abang apa kaitannya dengan peperiksaan ya? Erm….


Hehe.. sebernarnya edisi kali ini abang nak kongsikan tetang sikap kita   sikap  pelajar yang suka sangat meniru di dalam peperiksaan..
Perkataan "Meniru" sangat famous kepada semua yang pernah menjadi murid sekolah, pelajar sekolah student di kolej/universiti dan sesiapa yang pernah menduduki peperiksaan.
Antara alasanya adalah  malas belajar  tidak cukup masa berlajar, subjek terlalu sukar untuk difahami dan yang paling kerap digunakan “saya  suka     terpaksa meniru untuk lulus”
Bergitulah perihal sesetengah  kita selaku pelajar yang sering menjadikan meniru ini sebagai sumber utama semasa peperiksaan..
Persoalanya perlukah kita meniru semasa peperiksaan sedangkan Allah telah mengurniakan kita kekuatan untuk berusaha mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan masing-masing?
Apalah gunanya keputusan    peniruan   peperiksaan kita yang cemerlang namun diperoleh daripada cara meniru? Keputusan cemerlang tersebut tiada gunanya,  dan sesungguhnya tiada keberkatan sekiranya kita meniru.








 Betol3..  sangat2 x patut. .ALLAH dah berikan kita macam-macam nikmat tapi kita masih lagi mencari alasan untuk meniru.. bayangkan nanti ALLAH tarik balik nikmat yg diberi, baru kita tahu kan abang??





Yap.. tepat sekali.. Tidak perlu kita terus amalkan perbuatan meniru semasa peperiksaan. Perbuatan ini tidak mendatangkan apa-apa faedah. Malah, mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan teman-teman, menimbulkan rasa syak wasangka dalam kalangan guru-guru. Malah mendatangkan fitnah kepada agama.. Kan langsung tidak best itu..Dan ingatlah bahawa setiap amalan kita, pasti ada balasan yang bakal kita terima daripada Allah SWT. Biarpun ia LEMAH di mata manusia tetapi andainya ia mencapai keberkatan, sudah pasti ia mendapat keberkatan di akhirat dan dipandang HEBAT di sisi ALLAH..…
Tapi lagi mantop… HEBAT di mata manusia dan HEBATjuga di sisi ALLAH… 












Yeah. Mulai hari ini saya dah x nak meniru dah bang.. hehe.. insaf dah..






Eh! Hehe.. xpa.. selagi belum terlambat… kita masih sempat untuk berubah.. sementara masa masih ada ini, gunakalah sebaik munkin nikmat ini..  sedikit tips dari seorang  lecturer  yang abg hormati walaupun dia suka menembak suka  menasihat abg.  tips yang sangat baik untuk kita amalkan.. Amalkan 4 perkara ini iaitu DUTD.. 
DOA, USAHA, TAWAKAL, DOA..

Ayuh…..
Kita mengejar keberkatan…..
doakan abang berjaya ya.. 
berjaya dunia di dunia..
berjaya juga di akhirat..



Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .”
 Surah at-Thalaq : ayat 3





"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, 
bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. 
Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, 
kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. 
Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, 
nescaya tidak akan ada pendakwah. 
Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."
- Imam Hasan al-Basri-
 
 
 
 
 
aku hanyalah insan biasa... tetapi diriku sentiasa ingin menjadi luar biasa di mata manusia, apatah lagi di sisi tuhannya..
-budak kecik makan choki-







4 comments: